Rabu, 2 Disember 2009
KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita
DOA KEPADA IBUBBAPA
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Insya Allah
Allahu Akbar !
Subhanallah! Alhamdulillah.
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL -RAHMAN, AL-RAHIM
Ahad, 22 November 2009
kelebihan ISTIGFAR
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Rabu, 18 November 2009
Lingkaran Bulan...CINCIN
iaitu malam sebelum terjadinya Tsunami di liputan Lautan India, yang berdekatan dengan titik gempa di Acheh, telah berlaku kejadian seperti di bawah, iaitu Lingkaran Bulan,
hampir bentuknya seperti di gambar bawah ini, dan lingkaran ini boleh dilihat di mana2 sahaja di selatan Asia, pada malam itu....
Sekiranya anda tidak percaya,
anda boleh menghubungi rakan2 anda yang pernah berkhidmat dengan mana2 kapal,
samada kapal TLDM, ataupun kapal2 dagang, pasti mereka mengingati peristiwa ini.
Pointnya di sini ialah,
graviti bulan memainkan peranan untuk menyebabkan mental planet bumi supaya...,
untuk melakukan proses "mengerak" pada garisan laluannya dengan lebih cepat dari kadar kelembapannya yang normal.
Hasilnya, elok2 kerak2 ini bakal bergerak lagi 2-3 bulan, tetapi dek bantuan bulan pada malam yang kebetulan sedang cukup bulat untuk memancarkan gravitinya, lalu proses "mengerak" tetiba berlaku dengan laju, dan maka... terjadilah pelepasan tenaga di bawah laut, yang menyebabkan ombak dalam laut diangkat lalu terbinalah Tsunami. Ramai engineer2 kapal termasuk kapten menyaksikan peristiwa ini.
Lingkaran bulan merupakan tanda2 bagi manusia yang berakal, untuk mengenal pasti bencana yang bakal menimpa.
(NOTA)
lingkaran ini terjadi di Terengganu pada malam tadi, kira2 antara waktu 10:00pm sehingga 10:30pm (waktu Malaysia) dan ianya betul2 berada di atas kepala. (bukankah Terengganu merupakan Negeri Darul Iman ?) (bukankah di Negeri ini mempunyai Batu Bersurat tentang kisah peristiwa genting di masa hadapan ?) (bukankah Terengganu mewarisi bendera hitam dengan logonya itu ?)
================================================== ===============
Kronologi pembuktian TSUNAMI NUSANTARA:
- hadirnya bulan berlingkaran (ada aura di keliling bulan)
- pada esok siangnya, akan berlaku mendung yang panjang (sehingga melebihi 1 hari penuh)
- pada keesokan siangnya, pasti berlaku kematian yang banyak (di Nusantara)
- semenanjung tanah Melayu terutamanya di Perak, Penang, Kedah (ketiga2 negeri ini bakal menghadapi tanah jerlus "di sesetengah daerah terpencil")
- air terjun akan mengalir dengan deras...!!!
- kerang pasti timbul di pantai2 peranginan selepas beberapa hari atau minggu
- kehadiran binatang2 asing seperti dugong, makhluk2 aneh laut (yang lain dari lain)
AMARAN:
- elakkan duduk bawah kipas siling
- elakkan mandi di air terjun dan kolam air panas
- elakkan mandi di tepi pantai
- elakkan berkunjung ke kawasan tanah mendap
Catatlah kronologi di atas, dan hitung balik kerana perkara ini akan bermula seawal selepas matahari terbit keesokan harinya, bila salah 1 perkara yang disebut di atas terjadi,
silalah highlightkan petikan kiriman ini, kerana lazimnya sejarah yang sama pasti berulang tapi dengan kaedah lain tetapi dengan ciri2 yang sama...
TIDUR YG SUNAT DIKEJUTKAN
keadaan berikut:
Pertama:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang
solat.
Ketiga:
Tidur di atas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian
matahari menaik dan sebahagian tubuhmu terkena pancaran matahari dan
sebahagian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang
selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selepas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang . Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah
cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.
Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)
Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)
Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir..
Selamat Beramal....
Ahad, 15 November 2009
KEBESARAN AL QURAN
| Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh | Surah Al Baqarah - Ayat 102 |
| Anak2 pandai belajar | Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 |
| Anak2 lembut hati/ elak panas baran | Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 |
| Anak2 malas sekolah | Surah Toha ayat 1-5 |
| Supaya Suami tak kawin lain | Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil |
| Ayat pendinding | Ayat akhir surah At Taubah |
| Bg anak2 yg suka keluar malam | Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x |
| Untuk jadi pendinding rumah | Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah |
1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
MALAM PERTAMA
malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.
Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke
''Malam Pertama Kita''

SAYANGI IBU
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.
Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's next? My Mother!
YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU, RAHMATILAH MEREKA DAN BERKATILAH MEREKA.
sAyAnGiLa IbU aNdA..
UNTUK RENUNGAN
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan .....
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
TERIMA KASIH TASKA AMAL BUDIMAN. TAHNIAH HAIKAL 2009




TERIMA KASIH PENGURUSAN TASKA AMAL BUDIMAN KERANA TELAH BERTUNGKUS LUMUS meluangkan banyak masa dan tenaga dalam mendidik generasi baru mengenal alam pendidikan. Jasa dan bakti anda amat besar dalam membentuk generasi akan datang menjadi insan yang berilmu dunia dan akhirat. Hanya ALLAH TAALA yang dapat membalas jasa dan bakti anda.Hari ini 14 November 2009 adalah hari konvokesyen Bagi Taska Amal Budiman. Muhammad Haikal Fahmi adalah salah seorang dari 15 orang pelajar yang telah menamatkan sesi persekolahan tadika di sini. Setelah mendapat bimbingan selama dua tahun, hari ini bertempat di dewan Kraftangan Terengganu berlangsung Majlis Konvokesyen Taska Amal Budiman.
Tahniah kerana berjaa mengadakan majlis ini walaupun kecil tetapi meriah.
Selasa, 10 November 2009
KUDA SOKMO 2008
PENERANGAN HASILKARYA MEWARNA ARCA KUDA 2008 (SMK.PANJI ALAM, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU).
TEMA : ARCA KUDA WARISAN KRAF TERENGGANU
- Hiasan pada kepala arca kuda- Bendera Negeri Terengganu. Negeri yang menjadi tempat pertunjukan kuda kebangsaan 2008. Juga negeri kelahiran Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Penaung pertunjukan ini.
- Hiasan pada tali leher dan dada arca kuda –Dokoh adalah perhiasan
barangan kemas puteri-puteri Raja-raja Melayu dahulu terutama di negeri
Terengganu dan Kelantan. Berfungsi seakan-akan kalong leher diperbuat
dari emas dan perak. Bermotifkan alam semulajadi saperti daun dan bunga-bungaan dan dicantum bertingkat-tingkat pada seutas rantai.
Hasil seninya amat menarik dengan
.
- Hiasan pada pipi dan kaki arca kuda -Batik sejenis kraf yang terkenal di
Terengganu. Batik terbahagi kepada 5 jenis iaitu batik blok, batik lukis,
batik pelangi, batik skrin dan batik gabungan. Batik yang ditunjukkan pada
arca ini adalah batik lukis bermotifkan corak organik abstrak dengan susunan bertompok-tompok/berteraburan. Penggunaan warna yang ceria/terang akan membuat sipemakai kelihatan ceria dan menarik.
- Hiasan pada badan dan belakang arca kuda – Permainan wau terkenal
sejak kurun ke 15 di kalangan orang melayu terutama penduduk negeri
Terengganu dan Kelantan. Ia merupakan pemainan mengisi masa
lapang masyarakat nelayan dan petani.Ia dianggap penghubung antara
roh di langit dan angin. Motif yang terdapat pada corak arca ini berunsur flora dan geometri. Jenis pola corak lebih kepada pola bujang iaitu gaya
bebas, tersendiri, tidak terikat @ berkait @ bersambung-sambung.
Warna wau agak terang dan rupa bentuknya yang unik bertujuan menarik
perhatian orang yang melihat bila berada di atas.
- Hiasan pada ekor arca kuda – Seni anyaman tikar merupakan seni kraf
Terengganu yang berkembang tanpa pengaruh luar. Ia merupakan aktiviti
Pengisian masa lapang kaum wanita di sini. Corak yang ada pada ekor arca ini dikenali sebagai anyaman kelarai Bunga Cempaka yang direka
Pandai tukang Hajah Semek dari Terengganu. Diilhamkan dari motif sebenar Bunga Cempaka.
Sabtu, 7 November 2009
Punca Kekalahan Kelantan , Tahniah Negeri 9.
1. Mental
Secara peribadi saya menyatakan bahawa punca utama kekalahan Kelantan ialah kekuatan mental pemain. Pemain-pemain yang biasa atau pernah terlibat dalam perlawanan akhir lebih stabil dan yakin yang mengharungi situasi perlawanan akhir.
Jumlah penonton yang ramai akan mengegarkan suasana dalam stadium menyebabkan mereka menjadi tergamam, keliru , terkejut, tidak percaya, hilang keyakinan diri dan banyak perkara negatif lain yang timbul walaupun banyak cara dilakukan oleh jurulatih dan pihak pengurusan untuk menstabilkan emosi pemain.
Pemain-pemain muda sewajarnya didedahkan dengan lebih banyak perlawanan terutama dengan pasukan besar untuk lebih memantapkan mental mereka.
2. Kematangan
Corak permainan Kelantan banyak dipengaruhi oleh penonton. Semakin kuat sorakan penonton semakin kuat terjahan kepada pemain lawan. Situasi ini sepatutnya dielakkan. Bermainlah secara fair play.
Kematangan penonton juga memainkan peranan besar kepada prestasi permainan. Sokongan penonton yang bersifat negatif , ejekan, lontaran mercun , botol, batu dan objek lain hanya menyemarakkan rasan geram pemain Kelantan kepada pasukan lawan kerana secara tak langsung pemain merasakan selamat dan bagus sekiranya berjaya melakukan sesuatu kepada lawan.
3. Ketangkasan Pemain
Situasi perlawanan akhir memerlukan semua pemain berada pada tahap kecergasan yang terbaik. Kekurangan atau ketidakcergasan pemain memaksa pemain lain menampung kekurangandi bahagian itu. ini menyebabkan kerja berganda kepada orang lain. elakkan mendatangkan kerja lebih pada pemain lain.
4. Ketangkasan Penjaga Gol
Halim Nafi adalah seorang pemain yang baik . namun faktor usia sangat mempengaruhi ketangkasan individu. Ada beberapa ketika ketangkasan yang ditunjukkan tidak mencapai tahap 100% . Maka berilah peluang kepada pemain baru, muda, lebih cergas, berani, percaya kepada diri sendiri dan lebih tangkas.
Selasa, 3 November 2009
Latihan Hujung Minggu BT MSST 2009
| LATIHAN HUJUNG MINGGU FASA 3 | ||||||
| SUKAN | : | BOLA TAMPAR | ||||
| KATEGORI | : | LELAKI ( BAWAH 11 TAHUN) | ||||
| NAMA | SEKOLAH | DAERAH | TINGGI | POSISI | ||
| 1 | ANIS ISKANDAR B DIN | SK.BALAI BESAR | DGN | 167 | ||
| 2 | M.FAHMI HAZIM B SHARUDDIN | SK.WAKAF TAPAI | MRG | 162 | ||
| 3 | MOHD IRFAN AIMAN MAT HASSAN | SK TG MAHMUD 2 | BESUT | 157 | SETTER | |
| 4 | MOHD HASIF B MOHD ANWAR | SK.PAKA 2 | DGN | 157 | ||
| 5 | RAJA SAMSUL NAIM RAJA HUSSIN | SKP NURZAHIRAH | BESUT | 156 | ||
| 6 | MUHD.ADIB HAKIMI B TZAUMI | SK.SERI BERANG | HTRG | 154 | ||
| 7 | WAN MOHD HANIF WAN HARUN | SK BUKIT TUNGGAL | KTU | 153 | ||
| 8 | AHMAD RIDUAN B MOHD MISRI | SK.WAKAF TAPAI | MRG | 151 | ||
| 9 | SAYED KHUZAIRI BIN SYED HASSAN | SK BUKIT TUNGGAL | KTU | 150 | ||
| 10 | MOHD HILMI BIN MOHD FAUZI | SK.TEBING TEMBAH | DGN | 150 | ||
| 11 | MUHAMMAD FADHIL ISMAIL | SK BUKIT JERUK | BESUT | 151 | ||
| 12 | MUHAMMAD HAFIZ ADIB | SK KG RAJA | BESUT | 150 | ||
| 13 | MOHD ISHAK ABD RAHMAN | SK JELAPANG | SETIU | 147 | ||
| 14 | MOHD ARIFFUDIN HAKIM B. RUSMANIZAN | SK CENEH BARU 2 | KMN | 147 | ||
| 15 | ZULFITRI B. SULAIMAN | SK.CHENEH BARU 2 | KMN | 150 | ||
| 16 | MOHD HARIZ AFIQ B SAMARI | SK.TANGGOL | HTRG | 149 | SETTER | |
| 17 | MOHD ARIF HAKIMI B. JAAFAR | SK RASAU KERTEH 5 | KMN | 146 | SETTER | |
| 18 | DANIAL HAIKAL B. FARIZAL | SK CENEH BARU 2 | KMN | 150 | ||
| : | PEREMPUAN ( BAWAH 11 TAHUN) | |||||
| NAMA | SEKOLAH | DAERAH | TINGGI | |||
| 1 | NURUL HUSNA AZHAR | SK LUBUK KAWAH | BESUT | 167 | ||
| 2 | NOOR AQILAH BT ATIKULLAH | SK.TELAGA | HTRG | 155 | ||
| 3 | SHARIPAH SHAHIRA SHAFIE | SK PDG HILIRAN | KTS | 152 | ||
| 4 | NUR SYAZWANI BT MOHD NOR | SK LEMBAH JABOR | KMN | 152 | ||
| 5 | NUR FASIHA BT MOHD SHUKRI | SK.PAKA 2 | DGN | 152 | ||
| 6 | NUR AIN SYUHADA BT. ARIFFIN | SK RASAU KERTEH 5 | KMN | 152 | ||
| 7 | NUR SYAKIRAH AFIQAH BT SHAARI | SK.PAKA 2 | DGN | 151 | ||
| 8 | WAN NUR FATIHAH BT WAN DI | SK CENEH BARU 2 | KMN | 150 | ||
| 9 | NUR SYAZWANI BT M FAUZI | SK W MEMPELAM | KTS | 150 | ||
| 10 | NUR SYAZWANI ATHIRAH ZULKIFLI | SK PDG HILIRAN | KTS | 150 | ||
| 11 | NAS NURUL HAKIMAH BT NASIR | SK W MEMPELAM | KTS | 150 | ||
| 12 | NURUL AINA NADHIRAH AZMI | SK W MEMPELAM | KTS | 149 | ||
| 13 | ANIS SHAHIRA BT. SAARI | SK RASAU KERTEH 5 | KMN | 149 | ||
| 14 | AIDA NASUHA BT MOHD ZIN | SK.BUKIT APIT | HTRG | 149 | ||
| 15 | NUR SUHAIDA BT AZIZUL SHAHIZANI | SK.PAKA 2 | DGN | 148 | ||
| 16 | NAZIRAH BT JOHARI | SK RASAU KERTEH 5 | KMN | 148 | ||
| 17 | NUR SYAFIQAH RASHID | SK TG MAHMUD 2 | BESUT | 146 | ||
| 18 | NURUL AZITEE BT. ABDUL AZIZ | SK.LEMBAH JABOR | KMN | 142 | ||
| 19 | ILI AQILAH RAZALI (WAKIL TRG 2009) | SK BUKIT TUNGGAL | KTU | 136 | ||
| KEDATANGAN PEMAIN TAHAP 2 | ||||||
