Selasa, 10 November 2009

KUDA SOKMO 2008








PENERANGAN HASILKARYA MEWARNA ARCA KUDA 2008 (SMK.PANJI ALAM, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU).

TEMA : ARCA KUDA WARISAN KRAF TERENGGANU

  1. Hiasan pada kepala arca kuda- Bendera Negeri Terengganu. Negeri yang menjadi tempat pertunjukan kuda kebangsaan 2008. Juga negeri kelahiran Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Penaung pertunjukan ini.

  1. Hiasan pada tali leher dan dada arca kudaDokoh adalah perhiasan

barangan kemas puteri-puteri Raja-raja Melayu dahulu terutama di negeri

Terengganu dan Kelantan. Berfungsi seakan-akan kalong leher diperbuat

dari emas dan perak. Bermotifkan alam semulajadi saperti daun dan bunga-bungaan dan dicantum bertingkat-tingkat pada seutas rantai.

Hasil seninya amat menarik dengan gaya tersendiri.

.

  1. Hiasan pada pipi dan kaki arca kuda -Batik sejenis kraf yang terkenal di

Terengganu. Batik terbahagi kepada 5 jenis iaitu batik blok, batik lukis,

batik pelangi, batik skrin dan batik gabungan. Batik yang ditunjukkan pada

arca ini adalah batik lukis bermotifkan corak organik abstrak dengan susunan bertompok-tompok/berteraburan. Penggunaan warna yang ceria/terang akan membuat sipemakai kelihatan ceria dan menarik.

  1. Hiasan pada badan dan belakang arca kuda – Permainan wau terkenal

sejak kurun ke 15 di kalangan orang melayu terutama penduduk negeri

Terengganu dan Kelantan. Ia merupakan pemainan mengisi masa

lapang masyarakat nelayan dan petani.Ia dianggap penghubung antara

roh di langit dan angin. Motif yang terdapat pada corak arca ini berunsur flora dan geometri. Jenis pola corak lebih kepada pola bujang iaitu gaya

bebas, tersendiri, tidak terikat @ berkait @ bersambung-sambung.

Warna wau agak terang dan rupa bentuknya yang unik bertujuan menarik

perhatian orang yang melihat bila berada di atas.

  1. Hiasan pada ekor arca kuda – Seni anyaman tikar merupakan seni kraf

Terengganu yang berkembang tanpa pengaruh luar. Ia merupakan aktiviti

Pengisian masa lapang kaum wanita di sini. Corak yang ada pada ekor arca ini dikenali sebagai anyaman kelarai Bunga Cempaka yang direka

Pandai tukang Hajah Semek dari Terengganu. Diilhamkan dari motif sebenar Bunga Cempaka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan